SKOP PEMATUHAN ISO 9001

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian MS ISO 9001 hanya melibatkan:

1. Projek yang jumlah kos kontrak melebihi RM 500,000.00 yang meliputi aktiviti bisnes Perkhidmatan Kejuruteraan dan Pengurusan Projek.

2. Pelaksanaan Amalan Terbaik Pengurusan Projek ianya hendaklah dilaksanakan bagi projek yang bernilai RM 50 juta ke atas.

3. Pengurusan Penyenggaraan bagi aset di bawah milikan Kementerian Kerja Raya dan kawalan senggara JKR yang jumlah kos kontrak melebihi RM 500,000.00.

SKOP PEMATUHAN ISO 14001

Pengurusan Atasan JKR meneapkan skop pemakaian SPAS ke atas Projek Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak yang meliputi aktiviti bisnes Perkhidmatan Kejuruteraan dan Pengurusan Projek yang:

1. Terletak di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan/atau:

2. Melaksanakan Environmental Impact Assessment (EIA)

SKOP PEMATUHAN OHSAS 18001

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian OHSAS 18001 melibatkan projek yang jumlah kos kontrak melebihi RM 20 juta bagi Penyeliaan Projek di peringkat pembinaan.

SKOP PEMATUHAN ISO 50001

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian MS ISO 50001 melibatkan bangunan-bangunan sediada terpilih yang dikawalselia JKR.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 06:31:35.