Perutusan

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat Datang ke Portal Rasmi JKR Perak.

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya.

 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan izin-Nya sekali lagi kita diberi peluang melangkah ke tahun baru 2017.

Detik demi detik, hari demi hari, hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita. Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua warga JKR Negeri Perak. Tidak terasa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Memasuki gerbang kehidupan ditahun baru tentunya ada harapan dan keinginan kita yang masih belum tercapai pada tahun sebelumnya. Semoga tahun 2017 ini akan merealisasikan impian dan harapan kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih cemerlang dan efektif dalam melaksanakan projek-projek yang telah diamanahkan.

Di sini saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak di atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan. Sebagai penyumbang pembangunan terbesar dalam bidang teknikal, saya berharap agar JKR Perak akan terus unggul dengan meraih kejayaan yang lebih besar pada tahun 2017. Oleh yang demikian, fokus kita kepada tahun ini adalah memberi tumpuan yang serius kepada projek-projek pembangunan supaya tiada projek yang lewat diserahkan kepada pelanggan. Saya berharap agar setiap warga JKR Perak sentiasa bertindak secara proaktif dalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian bagi mencapai sasaran jabatan pada tahun ini.

Saya juga menyeru agar warga JKR Perak mengamalkan sikap berintegriti dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai jati diri yang tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni dan komited terhadap tugasan yang diberikan.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017, semoga usaha kita akan diberkati Allah s.w.t dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan datang tanpa usaha gigih dari kita semua.

Sekian, terima kasih.

 

Ir. Abu Bakar Bin Mohamed Said

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri

Perak Darul Ridzuan

 

 

Offcanvas

JKR PERAK