Profil Organisasi

Profil Organisasi

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak telah ditubuhkan sejak 1878 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. JKR Perak berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai jabatan-jabatan negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. JKR Perak juga bertanggungjawab untuk membangun dan menyenggara prasarana dan kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat khususnya warga Negeri Perak Darul Ridzuan.

Fungsi Kami

  • Berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan
  • Menjadi peneracu di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek, dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara
  • Menyediakan infrastruktur negara

Struktur Organisasi

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan diterajui oleh seorang Pengarah Kerja Raya. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Kerja Raya serta sepuluh (10) Ketua-ketua Penolong Pengarah dari sepuluh (10) cawangan dan bahagian dan sepuluh (10) Jurutera Daerah dari sembilan (9) Daerah dan satu (2) Unit. Pentadbiran JKR Perak meliputi seluruh Negeri Perak seperti berikut :-

Peringkat Ibu Pejabat JKR Perak :-

  1. Bahagian Pengurusan Korporat, Aras 3, Ibu Pejabat JKR Perak
  2. Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Aras 5, Ibu Pejabat JKR Perak
  3. Bahagian Bangunan & Pengajian Tinggi, Aras 6, Ibu Pejabat JKR Perak
  4. Bahagian Jalan, Aras 2, Ibu Pejabat JKR Perak
  5. Bahagian Arkitek, Aras 4, Ibu Pejabat JKR Perak
  6. Bahagian Kontrak & Ukurbahan, Aras 1, Ibu Pejabat JKR Perak
  7. Bahagian Kejuruteraan Awam & Senggara, Aras 6, Ibu Pejabat JKR Perak
  8. Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Peringkat Cawangan :-

  1. JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Lorong Lahat, Kampung Temiang, 31650 Ipoh, Perak.
  2. JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Lorong Lahat, 30200 Ipoh, Perak.

Peringkat Daerah :-

  1. JKR Daerah Batang Padang, 35000 Tapah, Perak.
  2. JKR Daerah Hilir Perak, Jalan Mustapa Al-Bakri, 36000 Teluk Intan , Perak
  3. JKR Daerah Manjung, Bandar Baru Sri Manjung, 32040 Sri Manjung, Perak.
  4. JKR Daerah Perak Tengah, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak.
  5. JKR Daerah Kinta, Jalan Charleton, 30100 Ipoh, Perak
  6. JKR Daerah Kuala Kangsar, Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
  7. JKR Daerah Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak.
  8. JKR Daerah Kerian, 34200 Parit Buntar, Perak.
  9. JKR Daerah Larut, Matang & Selama, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak.

Peringkat Unit :-

  1. Unit Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), 32100 Lumut, Perak
  2. Unit Tentera Negeri, Jalan Kuala Kangsar 30010 Ipoh, Perak

JKR Perak bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri Perak untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pada masa yang sama, JKR Negeri juga bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia untuk projek-projek persekutuan di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Offcanvas

JKR PERAK