Pengurusan Senggaraan

PENGURUSAN SENGGARAAN DAN PEMBAIKAN


Perkhidmatan Pengurusan Penyelenggaraan

Ini merupakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya. Di bawah perkhidmatan ini kami akan menyenggara kemudahan-kemudahan awam seperti perkhidmatan feri dan pembangunan kemudahan-kemudahan jalan raya. Kami juga menyelenggara kemudahan-kemudahan kerajaan negeri dan persekutuan seperti jalan, bangunan, sistem mekanikal, sistem elektrikal, kenderaan-kenderaan dan loji-loji. Perkhidmatan yang paling banyak dilakukan ialah penyelenggaraan jalan.


Penyelenggaraan Jalan

Penyenggaraan jalan-jalan JKR di seluruh Negeri Perak dikendalikan oleh Bahagian Jalan. Perlaksanaan program penyelenggaraan melibatkan aktiviti-aktiviti yang berikut:

1. Sistem Pengurusan Turapan Permukaan Jalan
(untuk Polisi, Sistem dan Teknologi Turapan)

2. Pengurusan Cerun

Perancangan untuk memelihara dan memulihara cerun di sepanjang Jalan Persekutuan dilakukan dengan menggunakan perisian komputer yang dikenali sebagai Slope Priority Ranking System (SPRS). Pemeriksaan berkala ke atas cerun yang berisiko tinggi dilakukan oleh JKR Daerah dan data-data yang diperoleh melalui pemeriksaan tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem. Ini membolehkan perancangan langkah-langkah berjaga untuk meningkatkan kestabilan cerun terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lebih berkesan.

3. Pengurusan Aset Mekanikal

Kami berperanan sebagai penasihat kepada penyelenggaraan peralatan mekanikal di sepanjang rangkaian jalan persekutuan, seperti stesyen penimbang berat kenderaan.

Offcanvas

JKR PERAK