Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,

JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu: 

VISI


 Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

 MISI


 JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

 

OBJEKTIF


 Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk:

 

"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 06:31:35.