Tempoh persijilan MS ISO 9001-2008 untuk JKR Perak akan tamat pada 11 Jan 2013. Pengauditan persijilan semula oleh pihak SIRIM telah dilakukan pada 21 hingga 23 November 2012. Tujuan utama bagi memastikan pematuhan dan keberkesanan sistem samada organisasi dapat mengekalkan keberkesanannya atau ada penambahbaikan sistem pengurusan dalam usaha untuk meningkatkan prestasi keseluruhan disamping diperakui keberkesanannya.

En. Heeza Izwan Mohd Hasnan sebagai ketua pasukan audit dengan dibantu tiga orang auditer telah memilih tiga daerah iaitu Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta sementara enam bahagian iaitu bahagian Jalan, Bangunan, Kontrak Ukur Bahan, Korporat, Kejuruteraan Awam dan Struktur dan bahagian mekanikal. Kesimpulan penemuan audit, JKR Perak masih lagi melaksanakan system pengurusan kualiti berdasarkan prosidur yang diluluskan serta memenuhi secara asasnya keperluan Piawaian MS ISO 9001 : 2008.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 16 Mei 2024, 04:23:55.