Tuan Haji Ahmad Baidove bin Haji Anuar, akan berakhir tugasnya sebagai penjawat awam bermula 8 Ogos 2013 selepas bekerja selama 32 tahun. Penempatan terakhirnya sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah melalui banyak kesukaran dan cabaran dalam dunia pembinaan. Bagi menghargai sumbangan yang telah dicurahkan, bahagian pentadbiran telah mengadakan jamuan perpisahan persaraan Timbalan Pengarah pada 4 Julai 2013.

JKR Perak akan kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Terima kasih atas kerjasama . Semua kakitangan JKR Perak memohon ampun dan berharap akan ada hubungan dan hubungan baik antara jabatan dengan Tuan Haji Ahmad Baidove walaupun dia bersara.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.