Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Dato€™ Zainol Fadzi bin Paharudin dan ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan kerja ke Janakuasamanjung pada 30 Jan 2014 dan ketibaannya telah disambut oleh Pengarah Urusan TNB Janamanjung Sdn. Bhd. En. Shamsul bin Ahmad.

Dalam taklimat ringkas beliau menyatakan Janakuasamanjung merupakan janakuasa yang menggunakan arang batu bagi menghasilkan tenaga elektrik. Ianya adalah yang terbesar dan pengeluar tenaga yang tertinggi di Malaysia.

Rombongan juga telah dibawa melawat ke bilik operasi janakuasa dan ke projek Janakuasa 4 yang sedang rancak berjalan. Dijangkakan janakuasa 4 akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2015 dengan menjana 1000 MW tambahan kepada janakuasa yang sedia ada.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.