Skip to main content

Majlis Penyerahan Masjid Bawong

Berita Terkini

Projek Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kampung Orang Asli Bawong, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Perak, Fasa 1 merupakan satu program pembangunan bersepadu perkampungan orang asli di Sungai Siput Perak.

Diantara projek yang terlibat adalah pembinaan masjid Kampung Bawong. Projek yang bernilai RM 1.7 juta telah mula pembinaannya pada 15 Julai 2013 dan disiap sepenuhnya pada 9 Jun 2014 tujuh bulan lebih awal daripada tarikh siap sebenar 11 Januari 2015.

Syabas diucapkan kepada Pro Zas Construction dan JKR Daerah Kuala Kangsar kerana berjaya menyiapkan projek lebih awal dari jadual sebenar.