Projek Membina Jalan Baharu: FT001 Sek. 539 ke FT059 Sek. 2.00, Daerah Batang Padang
30 Oktober 2025
Taklimat tender dan lawatan tapak bagi projek di atas telah dijalankan dan sesi taklimat disampaikan oleh wakil dari:
Bahagian Jalan
Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur
Bahagian Ukur Bahan
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Taklimat ini bertujuan memberi pemahaman terperinci berkenaan skop, keperluan teknikal dan aspek pelaksanaan projek sebelum proses tender dimuktamadkan.