Skip to main content

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi Kesiapsiagaan Monsoon Timur Laut

Berita Terkini

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi Kesiapsiagaan Monsoon Timur Laut 

Pada 13 November 2025 , Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh ,
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi Kesiapsiagaan Monsoon Timur Laut telah dilaksanakan pada 13 November 2025 yang lalu dengan pelaksanaan aktiviti pembersihan longkang di sekitar kawasan Sresen Minyak Shell, Jalan Ipoh – Tanjung Malim, Simpang Pulai.

Program ini melibatkan penyertaan bersama daripada YB Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air & Pengangkutan Awam (INTAP), YB Puan Wong Chai Yi, ADUN Simpang Pulai, Ir. Hj. Zamri Bin Mat Kasim, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Cik Siti Ruhaya Binti Ismail, Penolong Pegawai Daerah, Jurutera-jurutera Daerah dan warga kerja JKR Perak, Syarikat konsesi iaitu Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. & Empayar Indera Sdn. Bhd. serta kakitangan Stesen Minyak Shell

Program ini bertujuan meningkatkan kecekapan sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir kilat menjelang Monsun Timur Laut.

Pejabat ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program CSR ini.