Audit Pensijilan semula (Recertification Audit) Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 telah dijalankan di JKR Perak pada 2-4 November 2015 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd. Tujuan audit kali ini adalah bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 adalah berterusan & berkesan di semua peringkat jabatan.

Justeru itu, sesi audit yang telah di jalankan melibatkan 7 bahagian & 3 JKR Daerah iaitu:

1. Bahagian Pengurusan Korporat

2. Bahagian Bangunan

3. Bahagian Arkitek

4. Bahgaian Kontrak & Ukur Bahan

5. Bahagian Pentadbiran & Kewangan 

6. Bahagian Kejuruteraan Jalan & Struktur

7. Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Perak

8. JKR Daerah Kinta

9. JKR Daerah Kuala Kangsar

10. JKR Kerian

Lanjutan dari audit tersebut, JKR Perak berjaya mencapai sifar (0) NCR pada tahun 2015. Sekaligus mengekalkan pencapaian sifar (0) NCR selama enam (6) tahun berturut-turut. Syabas & tahniah di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan JKR Perak kali ini.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.