Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) adalah pengurusan yang merujuk kepada keperluan piawaian OHSAS 18001. Sehubungan itu, Pengurusan Atasan JKR telah menetapkan skop pemakaian OHSAS 18001 melibatkan projek yang jumlah kos kontrak melebihi RM 20 juta bagi Penyeliaan Projek di peringkat pembinaan.

Audit Dalaman SPKKP yang telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 September 2017 yang diketuai oleh Tn. Hj. Nik Soh bin Yaacoub, Jurutera Awam Penguasa (Projek Hospital Bachok, JKR Kelantan) dan dibantu oleh Pn. Nurmawaddah binti Mohd. Idris, Ir. Raja Rusdy Irwan bin Raja Hussin dan En. Mohd. Iskandar Zulkirnain bin Azmi yang melibatkan tiga buah projek iaitu :

  1. Cadangan Membina Dan Menyiapkan Bangunan Arkib Negara Malaysia, Cawangan Negeri Perak, Daerah Kinta
  2. UPSI - Pembinaan Kemudahan Sistem Air, Sistem Parit, Sistem Lalulintas Dan Landskap Di Kampus Sultan Azlan Shah
  3. Klinik Kesihatan (Jenis 3) Seri Iskandar, Perak Tengah, Perak.

Sehubungan itu, tujuan audit ini adalah bagi menilai tahap pematuhan aktiviti-aktiviti di JKR Perak yang dijalankan berdasarkan perundangan dan lain-lain peraturan berkaitan. Malah ianya juga bagi memastikan JKR Perak sentiasa bersiap sedia daripada kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan yang berterusan dalam memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk semua kakitangan.

Sekalung penghargaan terima kasih dirakamkan ke atas semua pegawai yang terlibat semasa proses auditan ini. Semoga dengan adanya program sebegini ke arah tapak bina, sistem kerja yang selamat dan sihat sepanjang tempoh pelaksanaan projek dapat mencegah kecederaan dan penyakit pekerjaan di tapak bina.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.