TAWARAN SEMULA-KONTRAK BAGI KERJA-KERJA OPERASI DAN PENYELENGGARAAN  SISTEM PEPASANGAN ELEKTRIK DI BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB TAHUN 2023-2025 (24 BULAN) 

Syarat dan Kriteria :

1.TARAF: Bumiputera /T1
2. Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)
3.Gred : G4 atau G5 atau G6 atau G7
4.Kategori : ME
5.Pengkhususan : E02, E04,E05,E11 DAN E32
6. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)
7.Surat Kebenaran Khas CIDB Tidak Dibenarkan

Tarikh Mengisi Borang Saringan Wajib:

21 Jun 2023 (Rabu) Hingga 23 Jun 2023 (Jumaat) Sebelum jam 11.59 malam.

Pautan Kerja - https://forms.gle/mWQGDtzjMfv9rskj7

Harga Dokumen & Tarikh Dokumen Mula Boleh Di Muat Turun

Pembayaran Dokumen Tender Adalah Secara INSTANT TRANSFER SAHAJA atas nama BENDAHARI NEGERI PERAK. Hanya Petender Yang Berjaya Melepasi Saringan Wajib Akan Menerima Surat Pelawaan Tender. 

Dokumen Tender Dijual Secara Atas Talian Dengan Harga Sebanyak RM100.00 Dan Tarikh Bayaran Adalah Pada 4 Julai 2023 (Selasa) Hingga 6 Julai 2023 (Khamis) Sebelum Jam 5.00 Petang Sahaja. (Bayaran Dokumen Tender Hanya Kepada Petender Yang Menerima Surat Perlawaan Tender (Berjaya Melepasi Saringan Wajib Sahaja).

Hanya petender yang layak (melepasi saringan wajib) akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui email untuk memuat turun Dokumen tender daripada J-Cloud.

Tempat, Tarikh & Waktu Tutup Tender

Tingkat 1, Bhg.Kontrak & Ukur Bahan, JKR Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Pada  31 Julai 2023 (Isnin) Pada Atau Sebelum Jam  Jam 12 Tengahari. Tender yang lewat tidak akan diterima. Dokumen Tender dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender

Tiada Lawatan Tapak.

 

 

 








logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.