Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata dalam halaman web ini.

Perkembangan bidang komputer kini berkembang dengan begitu luas.

Halaman ini merupakan laman web rasmi bagi Jabatan Kerja Raya Daerah Larut Matang & Selama yang akan memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang peranan dan fungsi yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami, serta aktiviti-aktiviti semasa jabatan ini.

Dengan wujudnya laman web Jabatan Kerja Raya Larut Matang & Selama ini ianya diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja harian di samping meningkatkan lagi imej jabatan.

Ianya juga dapat memberi keyakinan kepada pihak pelanggan dalam berurusan dengan jabatan ini.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua di atas kesudian melayari laman web JKR Larut Matang & Selama.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 23 April 2024, 05:37:19.