๐ญ๐ฌ.๐ฌ๐ญ.๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ : Program Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Baharu di Kem Syed Putra, Ipoh Perak Darul Ridzuan. (Tawaran Semula). Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak kepada Tuan Mazlan Zurin Bin Zulkifli, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak dengan disaksikan oleh Brigedier Jeneral Datoโ Mohd Rosli Bin Abu Bakar, Panglima 2 Briged dan Puan Ir. Atikah Binti Md Radzi, Jurutera Daerah JKR Kinta.
ย
Skop projek ini terdiri daripada pembinaan bangunan masjid berkapasiti 850 jemaah dengan keluasan 1003.6mยฒ lengkap dengan bilik pengurusan jenazah, interior design, mimbar, kerja elektrik, kerja mekanikal serta skop kerja luar.
Semoga dengan pembinaan masjid ini memberi manfaat besar sebagai pusat ibadah, pendidikan, penyatuan ummah, pembangunan sosial, dan memperkukuh keimanan, menjadikannya nadi pembangunan ummah seimbang dunia akhirat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini daripada peringkat perancangan sehingga siap.