Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Selamat Menyambut Ramadan 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam.
Β
Ramadan yang mulia ini merupakan bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan. Ia adalah kesempatan untuk memperkukuh keimanan, mempertingkatkan amal ibadah serta menyemai nilai kesederhanaan, kesabaran dan solidariti sejagat. Dalam semangat kebersamaan dan hormat-menghormati antara agama serta budaya, semoga bulan suci ini turut menjadi jambatan yang mengeratkan persefahaman dan persahabatan antara masyarakat Malaysia.