Skip to main content

Program Perumahan Rakyat Parit Buntar

Berita Terkini

JKR Perak telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurus, melaksana dan membangunkan projek perumahan rakyat di Negeri Perak. Ini terbukti apabila majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat di Parit Haji Wahab, Parit Buntar, Perak yang perasmiannya telah disempurnakan sendiri oleh Dato€š¬€ž¢ Seri Diraja Dr. Zamry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.

Projek yang akan dibangunkan ditapak seluas 6.6 hektar itu bakal menempatkan 100 unit rumak teres berkeluasan 740 kaki persegi, tapak surau, kawasan padang permainan, tapak dewan serbaguna dan lot-lot kedai. JKR Perak telah melantik Yakin Kemudi Enterprise kontraktor yang akan bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut dan dijangka siap pada julai 2014. Semoga hasrat kerajaan negeri membantu gulungan yang kurang berkeupayaan memiliki rumah sendiri tercapai.