Skip to main content

Pelancaran Program My Beautiful Malaysia

Berita Terkini

Sungai Kinta dilihat mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk menjadi tarikan pelancong, tambahan pula sekiranya ada aktiviti-aktiviti air yang bersesuaian.

Bagi merealisasikan hasrat mengindahkan Sungai Kinta, satu Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama Pemuliharaan Sg Kinta di antara JPS, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), JKR dan Lembaga Air Perak telah diadakan pada 3 Febuari 2013 bertempat di Dataran Tepi Sungai Kinta.

Majlis menandatangani telah disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Gazali Jalal dan beberapa pegawai-pegawai kanan lain.

Antara program lain yang diadakan ialah upacara menanam pokok, melepaskan anak ikan kedalam Sungai Kinta dan Program gotong royong disekitar padang Ipoh.