Pada 19 Ogos 2014 JKR Perak telah menerima kunjungan lawatan JKR Negeri Johor Darul Takzim. Tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui cara serta kaedah JKR Perak melaksanakan kontrak jangka panjang
penswastaan jalan-jalan negeri, melihat sendiri keberkesanan sistem pengurusan asset jalan secara berkala disamping bertukar-tukar pandangan,memperbaharui tali persahabatan yang sedia ada,
menjalinkan persahabatan baru dengan pegawai tadbir dan staf yang terlibat secara langsung dalam lawatan ini. Kehadiran rombongan telah disambut oleh Penolong Pengarah Jalan En. Meor Haris dan kakitangan bahagian jalan.