Skip to main content

Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping

Berita Terkini

Pada 17 Februari 2025 (Isnin), Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping telah berlangsung di Dewan Long Jaafar, Hotel Seri Warisan Taiping. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak selaku Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini kepada YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku pihak pelanggan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Mohd Fade’li bin Abdul Shukor, Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, YBrs. Ir. Muhamad Hambali bin Ab Ghani, Jurutera Daerah JKR Larut, Matang & Selama (Wakil Pegawai Penguasa Utama), YBrs. Tuan Ir. Farrid bin Jamaludin, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, YBrs. Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, YBrs. Tuan Mohd Yusni bin Mohadi, Jurutera Awam, Cawangan Kerja Bangunan AM 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia, pihak kontraktor serta semua Wakil Pegawai Penguasa Pakar JKR Negeri Perak
Projek ini juga telah berjaya diserahkan dengan pencapaian cemerlang iaitu 7 dalam 1:

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Zero Fatal Accident
3. Zero Injury
4. Zero Major Defect
5. Penyediaan Videography
6. Penyerahan kepada Pelanggan Kurang 3 Bulan dari Tarikh CPC
7. Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR dan kontraktor utama di atas kejayaan menyiapkan projek ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pelanggan di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.