Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN PRASEKOLAH, SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAMBU, TAIPING, PERAK

Berita Terkini

18 September 2026 (Jumaat)
Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping, Perak yang mengandungi sebuah bilik darjah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai telah berjaya disempurnakan pada 18 September 2026 (Jumaat). Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); Yang Berusaha Puan Norhayati binti Hamzah, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Bahagian Pembangunan), Kementerian Pendidikan Malaysia; serta Yang Berusaha Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Kerja Raya JKR Perak. Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Mohd Izam bin Ramly, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama; Yang Berusaha Puan Siti Alpiah binti Mat Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu; Yang Berusaha Puan Noor Hasmida binti Din, Jurutera Awam Kanan Bahagian Pejabat Negeri 3, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia; Wakil Pegawai Penguasa Pakar JKR Negeri Perak; serta Puan Siti Hajar binti Azmi, Pengarah Urusan Vision Jaya Sdn. Bhd., selaku kontraktor projek. Bagi projek ini, Pegawai Penguasa (SO) projek ini ialah Yang Berusaha Ir. Muhamad Hambali bin Ab Ghani, Jurutera Daerah JKR Larut, Matang dan Selama, manakala Puan Norhafizah binti Khairudin bertindak sebagai Wakil Pegawai Penguasa Projek. 

PENCAPAIAN 6 DALAM 1

Projek ini telah berjaya diserahkan dengan pencapaian 6 dalam 1, merangkumi:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion – CPC)
2. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account – SOFA)
3. Zero Fatal Accident – Tiada kemalangan maut
4. Zero Injury – Tiada kecederaan
5. Zero Major Defect – Tiada kecacatan utama
6. Penyediaan Coffee Table Book dalam format digital

Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh pasukan projek dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, selamat dan berkualiti, disamping memenuhi keperluan serta piawaian yang ditetapkan. Projek ini telah disiapkan mengikut tarikh siap asal tanpa sebarang lanjutan masa diberikan.

MEMACU PENDIDIKAN AWAL YANG LEBIH BERKUALITI

Penyerahan bangunan prasekolah ini merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif, selesa dan bersesuaian dengan keperluan pendidikan awal kanak-kanak. Dengan adanya kemudahan yang lebih baik, murid prasekolah berpeluang menikmati persekitaran pembelajaran yang positif dan selesa, sekali gus menyokong perkembangan intelektual, emosi dan sosial mereka. JKR – Jasa Kepada Rakyat.
#IamJKR
#KitaJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#DeliveryIsOurPriority
#JKRPerak
#JKRLarutMatangDanSelama
#PendidikanAwalKanakKanak