21 September 2026 (Isnin)
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Stor Farmasi Logistik Dan Farmasi Steril Hospital Taiping, Perak (Reka Dan Bina) telah berjaya disempurnakan pada 21 September 2026 (Isnin).
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Azman Bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Feisul Idzwan Bin Dato’ Mustapha, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Yang Berhormat Encik Teh Kok Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Aulong, Taiping, Perak, Yang Berhormat Encik Ong Seng Guan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pokok Assam, Taiping, Perak, Yang Berusaha Dr. Khuzaini Bin Abd Karim, Pengarah Hospital Taiping, Perak, Yang Berusaha En. Massrol Nizam Bin Md Salleh, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Yang Berusaha Ir. Haji Zamri Bin Mat Kasim, Pengarah Kerja Raya JKR Negeri Perak selaku Pengarah Projek (PD), Yang Berusaha Ir. Muhamad Hambali Bin Ab Ghani, Jurutera Daerah JKR Daerah Larut, Matang dan Selama selaku Wakil Pengarah Projek (Utama), Wakil Pengarah Projek Pakar JKR Negeri Perak serta Yang Berbahagia Tan Sri Kamarulbahrain Bin Zainuddin, Pengarah Urusan Kamalbina Sdn. Bhd.
Projek ini telah berjaya diserahkan dengan pencapaian 12 dalam 1, merangkumi:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion – CPC)
2. Lukisan Siap Bina (As Buillt Drawing)
3. Certificate of Completion and Compliance (CCC)
4. Operation and Manual (O&M)
5. Building Information Modelling (BIM)- LOD 500
6. Quality Assessment System in Construction (QLASSIC)
7. Sistem Penilaian Keselamatan Dan Kesihatan (SHASSIC)
8. Malaysian Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tool (MyCREST)
9. Zero Fatal Accident – Tiada kemalangan maut
10. Zero Injury – Tiada kecederaan
11. Zero Major Defect – Tiada kecacatan utama
12. Penyediaan Coffee Table Book
Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh pasukan projek termasuk pelanggan, perunding, dan kontraktor dalam memastikan pelaksanaan projek reka dan bina ini berjalan dengan lancar, selamat, dan berkualiti, di samping memenuhi keperluan serta piawaian yang telah ditetapkan.
Semoga penyerahan Bangunan Stor Farmasi Logistik dan Farmasi Steril ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan stor farmasi, operasi farmasi steril serta sistem logistik kesihatan di Hospital Taiping dan fasiliti kesihatan sekitar.