Skip to main content

Majlis Penyerahan Infrastruktur SUKMA Perak 2018 Pusat Akuatik Amanjaya

Berita Terkini

16 Mac 2018 - Majlis Penyerahan Infrastruktur Sukma Perak 2018 Pusat Akuatik Amanjaya Perak telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 16 Mac 2018 bertempat di Akuatik Amanjaya Perak Darul Ridzuan. Majlis telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato Sri Abdul Puhat bin Mat Nayan bersama Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Ir. Hj. Ahameed Tarmizi Bin Ramli serta Datuk Bandar Ipoh, Dato Zamri bin Man. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, YB Dato Zainol Fadzi bin Paharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, YB Datuk Shahrul Zaman bin Yahya,  dan Ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain.