Skip to main content

Pelancaran Kerja Undi Serentak 1 Malaysia

Berita Terkini

Penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Negeri Perak telah lama diurus tadbir oleh Syarikat Konsesi Belati Wangsa Sdn. Bhd. Kerja-kerja tersebut masih berjalan seperti biasa, walaubagaimana pun terdapat sedikit pembaharuan dibuat bagi kerja-kerja diluar skop asal konsesi dimana kerja-kerja secara undian akan dilaksanakan.

Pada 16 Julai 2012 pelancaran pelaksanaan kerja-kerja undi penyelenggaraan jalan persekutuan akan dilakukan serentak diseluruh JKR Negeri dan Daerah di Semenanjung Malaysia. Ianya bertujuan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kelas D,E dan F mendapat kerja-kerja berkaitan selain membuktikan kepada masyarakt bahawa Jabatan Kerja Raya merupakan sebuah agensi pelaksana yang mengamalkan ketelusan dan keadilan seiring dengan slogan €š¬Ã…€œPELANGGAN DIUTAMAKAN JANJI DIKOTAKAN€š¬.

Di Jabatan Kerja Raya Negeri Perak pelancarannya telah disempurnakan oleh Dato€š¬€ž¢ Pengarah sementara di daerah dilakukan oleh Jurutera-jurutera Daerah dan ianya dapat dilihat oleh Dato€š¬€ž¢ Pengarah melalui MDD conferanse yang dipasang disetiap daerah.