PEMBINAAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA ( PAGN) TLDM LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN.

Syarat dan Kriteria :

1.TARAF: Bumiputera

2. Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)
3.Gred : G4
4.Kategori : B
5.Pengkhususan : B04,
6. Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, PUKONSA, UPKJ

Tarikh Mengisi Borang Saringan Wajib:
23 November 2022 (Rabu) Hingga 25 November 2022 (Jumaat) Sebelum jam11.59 pm


Pautan https://forms.gle/YsjqgUkdheSoY5EY7

Harga Dokumen & Tarikh Dokumen Mula Boleh Di Muat Turun

Dokumen Tender dijual secara atas talian dengan harga RM100.00 dan boleh dibuat bayaran pada 8 Disember 2022 (Khamis) Hingga 12 Disember 2022 (Isnin) (Hanya kepada pertender yang berjaya saringan wajib dan hadir lawatan tapak.)

Pembayaran Dokumen Tender Secara JomPAY (Maklumat Pembayaran dinyatakan dalam Surat Pelawaan)

Hanya petender yang layak (melepasi saringan wajib) akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui email untuk memuat turun Dokumen tender daripada J-Cloud.

Tempat, Tarikh & Waktu Tutup Tender

Di Ibu Pejabat J.K.R Perak Tingkat 1, (Bhg.Kontrak & Ukur Bahan), 18 Januari 2023 (Rabu) Sebelum atau pada Jam 12 Tengahari. Tender yang lewat tidak akan diterima. Dokumen Tender dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender.

Taklimat Tender Dan Lawatan Tapak Diwajibkan, hanya Kepada Petender Yang Berjaya Melepasi Saringan Wajib. Tarikh Lawatan Tapak adalah pada 7 Disember 2022 (Rabu) . Masa dan tempat bekumpul akan dimaklumkan dalam surat pelawaan. (Hanya kepada petender yang berjaya melepasi saringan wajib.)



logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 30 November 2022, 06:51:54.