Skip to main content

Perutusan Terdahulu

Perutusan Pengarah 2023

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi JKR Perak. Sebagai agensi teknikal Kerajaan Negeri Perak, JKR Perak diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan di seluruh negeri Perak. Adalah menjadi matlamat JKR Perak untuk memastikan supaya organisasi ini berjalan dengan cekap dan berkesan demi untuk mencapai visi, misi dan objektif jabatan.

Halatuju JKR Perak terutamanya dalam menyiapkan projek pembangunan  bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri Perak merupakan peranan utama kita. Peruntukan Persekutuan dan Negeri yang di salurkan ke JKR Perak perlu di selaraskan secara sistematik  bermula dari fasa perancangan, rekabentuk dan berakhir ke fasa pembinaan kearah  memberi perkhidmatan yang  selesa dan selamat kepada pelanggan kita .

Saya percaya dengan segala kepakaran profesional yang JKR ada,  kita masih mempunyai peluang yang luas untuk terus meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat ke tahap yang lebih tinggi. Disamping itu, warga kerja JKR perlulah mengamalkan sikap berintegriti demi menjaga imej JKR yang cemerlang selaras dengan misi dan visi jabatan.

Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan untuk terus meraih kejayaan pada tahun 2024 dengan lebih cemerlang serta usaha ini diberkati Allah Subhanahu Wataala.

Sekian, terima kasih.

Selaku Pengarah JKR Perak, saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Portal Rasmi JKR Perak”.

Sekian, salam hormat.

YBRS. Ir. HAJI ZAMRI BIN MAT KASIM
Pengarah Kerja Raya
Perak Darul Ridzuan.