Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pertama sekali syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kerberkatannya maka saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) JKR Perak kerana telah berjaya membangunkan portal yang berkonsepkan lebih informatif dan interaktif. Adalah diharapkan semoga portal ini dapat memberi faedah kepada seluruh warga JKR Perak khasnya dan masyarakat amnya, insyaallah.
Di zaman teknologi maklumat dan komunikasi, agensi kerajaan perlu menyediakan suatu pendekatan sistem penyampaian yang setaraf dengan tahap pendidikan dan profesionalisme masyarakat yang semakin meningkat. Sesuai dengan kemajuan era ICT dan globalisasi ini JKR akan terus bersama memodenkan dan melengkapkan perkhidmatan secara berkomputer di dalam semua urusan.
Akhir sekali, saya amat mengalukan-alukan sebarang bentuk cadangan, aduan dan maklumbalas yang membina daripada pengunjung portal ini bagi membolehkan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Perak mengambil langkah-langkah memperbaiki, memperkemaskan dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang paling optimum.
Sekian terima kasih.
Ir. ROSNIZAH BINTI GHAZALI
Ketua Jurutera Elektrik Negeri
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
PERAK DARUL RIDZUAN