Skip to main content

Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian

Perutusan Jurutera Daerah

Jurutera Daerah Kerian

 Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian.

Halaman Laman Web Rasmi Ini Merupakan Pintu Gerbang Maya Rasmi Kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian Yang Berperanan Untuk Memberikan Maklumat Tentang Peranan, Fungsi Dan Aktiviti Jabatan Ini Kepada Semua Pelanggan Serta Masyarakat Setempat.

Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian Akan Mengutamakan Intergriti Dalam Memberikan Perkhidmatan, Mengukuhkan Kompetensi Kejuruteraan Sediada Dan Membina Hubungan Harmoni Dengan Masyarakat.

Adalah Diharapkan Para Pelanggan Yang Melayari Laman Web Ini Akan Memperolehi Maklumat,Info Dan Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian Serta Maklumat Info Terkini Dari Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.

Selamat Melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian

Sekian, Terima Kasih

Ir. Shahrizal bin Abd Rasid
Jurutera Daerah
Jkr Daerah Kerian

Visi

"Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini."

Misi

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
    Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

Hubungi Kami

Alamat: Pejabat Jurutera Daerah JKR Kerian, Jalan Pejabat, 34200 Parit Buntar
Telefon: 057164040 / 057164957
Faks: 057169767
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.