Skip to main content

Jabatan Kerja Raya Daerah Muallim

Perutusan Jurutera Daerah Muallim

Jurutera Daerah Muallim

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat datang ke Laman Web JKR Daerah Muallim

Laman Web JKR Daerah Muallim ini adalah merupakan gerbang utama informasi berkaitan dengan Web JKR Daerah Muallim bagi memberi kemudahan kepada pengguna terutamanya 'stakeholders' JKR bertepatan dengan kepesatan dunia tanpa sempadan dan transformasikan budaya kerja JKR dan menepati dasar terkini Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Segala maklumat berkaitan fungsi, aktiviti jabatan serta perkhidmatan yang berkaitan terutamanya berkaitan kerja-kerja sebutharga yang dilaksanakan Jabatan diharap dapat dicapai oleh pengguna melalui laman web ini dengan cepat dan tepat. Ianya boleh diakses dimana jua mereka berada melalui hujung jari sahaja.

Apa yang penting, proses pengemaskinian berterusan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan pengguna mendapat info dan berita terkini tentang laman Web JKR Daerah Muallim dan menjadi alat mesra pengguna selain daripada dapat memenuhi inspirasi JKR Negeri Perak.

JKR Daerah Muallim berazam dan beriltizam akan bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi memastikan aspirasi JKR Negeri Perak terlaksana  dengan jaya dan cemerlang.

Sekian,terima kasih.

 

Ir. Yussaime bin Ahmad Yusuf

Visi

"Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini."

Misi

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
    Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

Hubungi Kami

Alamat: Pejabat Jurutera Daerah JKR Muallim, No. 8 & 9, Wisma Slim Putra,Persiaran Wisma, 35800, Slim River
Telefon: 054520057
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.