Skip to main content

Jabatan Kerja Raya Cawangan TLDM Lumut

PERUTUSAN JURUTERA AWAM KANAN

Jurutera Cawangan TLDM Lumut

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Kerja Raya JKR TLDM Lumut. JKR TLDM Lumut merupakan salah satu agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia yang telah diamanahkan dalam pengendalian dan pelaksanaan projek pembangunan dan penyenggaraan aset Kerajaan (Kementerian Pertahanan) di dalam Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak serta memberi perkhidmatan kejuruteraan dan nasihat teknikal kepada pihak pelanggan (Kementerian Pertahanan).

Perkembangan teknologi sedunia yang semakin canggih telah mengeratkan komunikasi antara satu sama lain dengan mudah dan pantas. Dengan itu, Laman Web JKR TLDM Lumut merupakan agen media sumber maklumat dan komunikasi antara JKR TLDM Lumut, pihak pelanggan dan orang awam. Sejajar dengan hasrat Dasar Transformasi Negara, kami sebagai salah satu agensi Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memulakan langkah transformasi perkhidmatan awam iaitu perubahan yang melibatkan tindakan, sifat dan persekitaran yang berlaku secara tersusun dan bertahap mengikut perancangan yang ditetapkan dalam usaha untuk mencapai keberhasilan strategik. Pembaharuan kepada perkhidmatan awam penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat menerusi pencapaian keberhasilan yang berimpak tinggi.

Melalui laman web ini, JKR TLDM Lumut telah menyediakan maklumat kepada empat golongan pengguna utama iaitu pihak kontraktor/perunding, pihak pelanggan (Kementerian Pertahanan), warga awam dan warga JKR sendiri. Pihak Kontraktor/perunding boleh mengetahui maklumat seperti jadual harga tender/ sebutharga, iklan tender/ sebutharga apabila melayari laman web ini.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan agar dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja dan aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Semangat bekerja yang tekad, efisien dan harmoni serta modal insan yang kreatif dan inovatif adalah penting bagi membolehkan kita mencapai Visi dan Misi Jabatan .

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Ir. FAUZI BIN ABDUL RAHMAN
Jurutera Awam Kanan
Jabatan Kerja Raya TLDM Lumut

Visi

"Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini."

Misi

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
    Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

Hubungi Kami

Alamat: Pejabat Jurutera Awam Kanan, JKR TLDM Lumut,
Telefon:
05-6835409
Faks :
05-6834278