Skip to main content

Mengenai Kami - QS JKR Perak

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar dan tertua di Negeri Perak. Ditubuhkan pada tahun 1878 sehingga kini menjadi sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat negeri Perak khasnya, jabatan ini dipimpin oleh Ir. Haji Hamdan Bin Ali sebagai Pengarah Kerja Raya Negeri Perak. JKR Perak kini mempunyai 3,000 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Perak juga memberikan perkhidmatan menyenggara kemudahan awam seperti jalanraya, bangunan-bangunan kerajaan dan jambatan. JKR Perak juga memberikan khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan serta agensi kerajaan lain yang memerlukannya dari semasa ke semasa.

Objektif Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan

Mempastikan Perkhidmatan Kepakaran Ukur Bahan Yang Efektif Dan Khidmat Nasihat Yang Berkesan Serta Pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Supaya Projek-Projek Kerajaan Dilaksanakan Menepati Masa, Kos Dan Kualiti Yang Ditetapkan.

Klik Icon di bawah untuk urusan

                                                                                                              

Sistem Pengurusan Perolehan & Pemantauan Kerja (S3PK)                                                         JKR e-Tender