Skip to main content

Pasukan Projek Persekutuan

PROFIL BAHAGIAN

Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perak (PPPNP) telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan objektif penubuhan PPPNP adalah memantapkan lagi kaedah atau mekanisme pemantauan projek di JKR. PPPNP merupakan sebuah unit teknikal di dalam Jabatan Kerja Raya Negeri Perak yang berperanan sebagai Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa yang bertanggungjawab menguruskan penyeliaan kerja pembinaan dan pentadbiran kontrak bagi projek bangunan persekutuan bernilai RM20j ‚ RM250j/RM500j serta bertanggungjawab melaporkan kepada Pengarah Negeri dan Pengurus Program di IPJKR.

Pada masa kini, PPPNP diterajui oleh seorang Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54) dan dibantu oleh seramai 20 orang kakitangan yang terdiri daripada Jurutera Awam Kanan (2), Jurutera Awam (3), Penolong Jurutera Kanan (6), Penolong Jurutera (7), Pembantu Tadbir (1) dan Pembantu Operasi (1).

FUNGSI BAHAGIAN

*  Sebagai Wakil Kerajaan untuk menyelia dan mengeluarkan Arahan Kerja sepertimana ditetapkan di dalam kontrak.
*  Bertanggungjawab memastikan kontraktor melaksanakan tanggungjawab sepertimana ditetapkan dalam kontrak dan begitu juga pihak Kerajaan menunaikan obligasinya.