Skip to main content

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

Berita Terkini

Umat Islam di negara ini meraikan kedatangan 1 Syawal dengan penuh kesyukuran atas nikmat keamanan dan kesejahteraan. Dalam ertikata sebenarnya, Aidulfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidulfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidulfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai. Bahagian korporat tidak ketinggalan turut mengadakan rumah terbuka pada 6 September 2012 dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga JKR Perak.

Akhir kata dari kami, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidulfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.