Skip to main content

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK

Berita Terkini

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Haji Roslan bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah Bersara Wajib pada 22 September 2020 . Sehubungan itu, YBrs. Ir Haji Hamdan Bin Ali , Timbalan Pengarah diarah menjalankan tugas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 22 September 2020 sehingga jawatan ini diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak adalah dirujuk kepada beliau.