• Laman Utama
  • Berita
  • Isu dakwaan cat garisan jalan pudar di Jalan Baling-Gerik, Lebuhraya Timur-Barat, Gerik

IPOH: 'Itu video lama,' kata Pemangku Pengarah Kerja Raya (JKR) Perak, Ir Hamdan Ali berhubung dakwaan cat garisan jalan pudar di Jalan Baling-Gerik, Lebuhraya Timur-Barat, Gerik yang tular baru-baru ini.

Hamdan berkata, lokasi yang dimaksudkan dalam video itu adalah di Seksyen 126 hingga Seksyen 128.50 FT004, justeru beliau menegaskan kerja pembaikan turapan secara berkala sudah dilakukan pada tahun 2020.

"Memang kita akui jalan itu teruk namun sekarang sebahagian daripanya sudah kita baiki walaupun bukan sepenuhnya untuk jalan itu selesa dilalui pengguna jalan raya. Saya pun tak faham, rasanyalah aduan (video) itu adalah sebelum tahun 2020 atau sebelum laluan di situ dibaiki.

"Memang dalam video itu perakam tidak menyatakan secara terperinci di Seksyen mana lokasi garisan jalan pudar yang dimaksudkan itu namun kakitangan kita dari JKR Gerik semestinya lebih memahami selain mampu mengenal pasti lokasi yang dimaksudkan," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Hamdan mengulas video tular di Facebook (FB) bertajuk 'Jalan Gerik - Jeli Merbahaya & Tidak Mempunyai Cat Garisan Jalan'.

Katanya, pembaikan jalan terbabit pada tahun 2020 dilakukan secara Cold In-Place Recycling (CIPR) membabitkan nilai RM1.4 juta dan sudah siap dilaksanakan.
"Video terbabit sudah viral dalam aduan (kepada) JKR, dan sudah dijawab dalam aduan berkenaan pada 28 Januari (Jumaat) lalu bahawa sebenarnya lokasi dalam video berkenaan sudah dibaiki," katanya.

sumber berita https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/917336/itu-video-lama-pengarah-jkr-perak

 

 

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.