Skip to main content

KUMPULAN ENDOKARPA, JKR DAERAH BAGAN DATUK TELAH DIUMUMKAN SEBAGAI JUARA MINGGU KE-3 PROGRAM INNOVATHON MUSIM KE-2 DENGAN PRODUK INOVASI 4 MIX YANG MERUPAKAN PRODUK ALTERNATIF UNTUK TAMPALAN JALAN BERLUBANG

Berita Terkini

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Daerah Bagan Datuk iaitu Kumpulan Endokarpa yang telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu ketiga program INNOVATHON 2 yang disiarkan pada 14/12/2024 (Sabtu).

Pada program berkenaan, ahli Kumpulan Endokarpa telah membentangkan produk inovasi yang dipanggil 4 MIX iaitu produk inovasi yang digunakan untuk tampalan jalan berlubang. Bahan campuran 4 MIX ini adalah campuran antara Miling Waste dan Polimer dimana produk inovasi ini adalah bahan tampalan alternatif untuk jalan berlubang. 

Kumpulan Endokarpa ini terdiri daripada Jurutera Daerah, Ir. Ts. Amir Asrol bin Ahmad Bangi selaku Fasilitator, Ir. Ts. Mohd Hafiz bin Shafie selaku Ketua Kumpulan, Encik Mohd Nazir bin Md. Sabry selaku Penolong Ketua Kumpulan serta ahli-ahli kumpulan yang lain iaitu Puan Nor Hidayah binti Abdul Aziz, Puan Najwa binti Shari dan Puan Wirda Syuhada binti Halim. Kumpulan Endokarpa akan berentap ke peringkat akhir dan akan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM 1 Juta.

Sebagai makluman, program INNOVATHON musim kedua merupakan sebuah program realiti tv berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai platform untuk mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikan terhadap isu sosioekonomi semasa. Program ini inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi dengan kerjasama Astro Malaysia.

Seramai 56 orang peserta telah dipilih menerusi sesi ujibakat dan bakal bersaing di pentas INNOVATHON 2 dengan memberikan persembahan idea-idea menarik berteraskan sains dan inovasi menerusi siaran selama 8 episod. Setiap episod bakal menyaksikan kesemua peserta memberikan pembentangan terbaik dalam usaha memenangi hati panel juri dan juga rakyat malaysia. Idea terbaik daripada setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir dan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM 1 Juta.

Syabas dan Tahniah kepada Kumpulan Endokarpa dan semoga beroleh kejayaan di peringkat akhir program INNOVATHON 2 Tahun 2024.