Skip to main content

Hebahan Portal Aspirasi Pemakanan Rakyat (ASPERA)

Berita Terkini

Hebahan Portal Aspirasi Pemakanan Rakyat (ASPERA)

YB Menteri Kesihatan telah melancarkan Portal Aspirasi Pemakanan Rakyat (ASPERA) pada 2 Ogos 2024 dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) untuk mengumpul pandangan serta cadangan pelbagai pihak bagi mempertingkatkan status pemakanan rakyat Malaysia.

Pengumpulan ASPERA merupakan langkah penting dalam menentukan hala tuju strategik pemakanan yang memenuhi keperluan dan harapan rakyat. Selain itu, pengumpulan ASPERA ini dapat membantu perancangan dasar serta program yang lebih praktikal dan berkesan bagi meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan rakyat Malaysia menerusi pembangunan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) IV, 2026 - 2030.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dipohon pihak tuan untuk memanjangkan hebahan portal ini di platform masing-masing  menerusi pautan yang disediakan seperti berikut: https://sites.google.com/moh.gov.my/aspera/laman-utama/soalan . Untuk makluman pihak tuan, pengumpulan ASPERA ini akan dijalankan sehingga 31 Januari 2025. Segala kerjasama dan tindakan pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.