Skip to main content

Majlis Serah Bangunan Masjid Gerik Kulim

Berita Terkini

Dengan keluasan tanah 1.012 hektar telah dibanggunkan sebuah masjid yang berkeluasan lantai 831.16 meter persegi. Masjid yang bakal dapat menampong jemaah seramai 800 orang dalam satu-satu masa telah dibina oleh Virtual Perfection Enterprise dengan kos RM 2.4 juta.


Dengan siapnya masjid ini, ianya dapat memberi kelegaan kepada penduduk setempat yang beragama islam terutamanya disekitar Batu 4 Jalan Gerik / Kulim dan taman-taman perumahan sekitarnya. Selain dari itu diharapkan ianya dapat memberi kemudahan persingahan terutamanya mereka yang berulang-alik dari Butterworth ke Kota Baru Kelantan.

Pada hari ini 26 Januari 2015 telah berlangsungnya majlis penyerahan bangunan masjid baru Jalan Gerik€š¬‚¬Kulim. Jabatan Kerja Raya diwakili oleh Timbalan Pengarah Tn. Haji Jamilol Nasir bin Saad dan wakil pelanggan diwakili oleh Dato€š¬€ž¢ Hasim bin Haji Hasan daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak.

Ke Foto Galeri