Satu lagi lakaran sejarah terukir buat JKR Perak apabila Tugu Peringatan Jalan Raya Timur€š¬‚¬ÂBarat dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof pada 2 Julai 2015 di KM 26 FT 004 Jalan Gerik€š¬‚¬ÂJeli. Jajaran jalan sepanjang 123 km dengan kos pembinaan berjumlah RM 205 juta  telah mula beroperasi 1 Julai 1982. Lokasi ini dipilih berdasarkan berlakunya serang hendap pengganas keatas 63 buah mesen jentolak tanah dan telah mengorbankan tiga nyawa pekerja JKR.