Skip to main content

Tahniah! Pingat Perak Pameran 28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX)

Berita Terkini

JKR Perak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan BQ, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Perak dan Kumpulan Teras 2, JKR Daerah Batang Padang yang mewakili JKR Malaysia kerana telah dianugerahkan Pingat Perak sempena pameran 28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) yang telah diadakan pada 11 - 13 Mei 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Semoga dengan pembudayaan inovasi di tempat kerja dapat menambah mutu penyampaian perkhidmatan jabatan seterusnya menyokong dasar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).