Skip to main content

Perutusan Ketua Jurutera Mekanikal

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya selaku KJMN Jabatan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak. Ribuan terima kasih juga kepada pengunjung - pengunjung laman web ini, kami di Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik seperti misi dan visi kami kepada seluruh rakyat negeri Perak sepertimana yang dihasratkan oleh pihak kerajaan.

Laman web ini juga merupakan satu garis panduan yang boleh digunapakai oleh pelanggan dalam berurusan dengan jabatan ini dan harapan saya agar maklumat ini dapat digunakan dengan positif dan sebaik mungkin. Pengunjung - pengunjung laman web ini boleh mendapatkan maklumat mengenai info, organisasi, misi, visi dan sebutharga dari Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web ini secara berterusan. Saya di sini sentiasa mengalu - alukan sebarang pendapat atau cadangan dari pengunjung laman web ini bagi menjayakan visi organisasi dan merealisasikan pembangunan ICT dalam membentuk sebuah jabatan yang mampu memberi kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak Darul Ridzuan. Jasa Kepada Rakyat.

Sekian, terima kasih.

IR MOHD AZMI BIN ASIF

KETUA JURUTERA MEKANIKAL NEGERI PERAK