Skip to main content

PROGRAM ROADSHOW PERSARAAN DATO' PENGARAH KERJA RAYA NEGERI PERAK

Berita Terkini

‘PROGRAM ROADSHOW SEMPENA PERSARAAN PENGARAH KERJA RAYA NEGERI PERAK’
 
11 Jun 2024 telah diadakan Program Roadshow Pengarah ke JKR Daerah Hulu Perak. Program diadakan bagi meraikan persaraan Dato’ Pengarah yang akan bersara wajib pada 25 Jun 2024 nanti. Kehadiran Dato’ Pengarah disambut oleh Tuan Jurutera Daerah Ir. Ts Mohd Fadzley bin Ahmad Zawawi bersama barisan ketua-ketua bahagian dan lain-lain tetamu undangan.
 
Majlis dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar bersama seluruh warga kerja JKR Hulu Perak. Selesai acara tersebut Dato’ Pengarah sudi untuk memandu sendiri kenderaan klasik Volvo 240 yang pernah dijadikan kenderaan rasmi Pengarah Kerja Raya sekitar tahun 90an. Kenderaan seterusnya membuat pusingan di sekitar Airstrip Gerik dan masuk semula ke Dewan JKR Hulu Perak melalui ‘Guard Of Honour’ yang dilakukan oleh warga JKR Hulu Perak.
 
Majlis di dewan utama diteruskan dengan dimulakan ucapan aluan oleh Tuan Jurutera Daerah, Ir. Ts. Mohd Fadzly bin Ahmad Zawawi diikuti ucapan dan amanat oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perak YBhg. Dato’ Ir. Haji Hamdan Bin Ali. Di dalam ucapan tersebut, Dato’ Pengarah menyentuh tentang motivasi daripada sekecil-kecil ciptaan Allah s.w.t yang dapat dijadikan panduan di dalam kehidupan seharian dan kerjaya.
 
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada JKR Hulu Perak dan acara memotong pulut kuning yang telah disediakan. Terima kasih Dato’ Pengarah di atas sumbang bakti yang dicurahkan selama berkhidmat kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. Semoga jasa Dato’ menjadi ingatan dan panduan buat kami yang sedang berkhidmat. Sekian, terima kasih.