Skip to main content

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi JKR Daerah Bagan Datuk. Laman web ini diwujudkan sebagai medium utama bagi perkongsian maklumat terkini berkenaan perkhidmatan yang diberikan oleh JKR Daerah Bagan Datuk.

Dalam arus perkembangan teknologi dan komunikasi ke atas segala aspek kehidupan, JKR Daerah Bagan Datuk komited menyalurkan maklumat terkini seperti hebahan berita & sebutharga, perkhidmatan yang disediakan serta pelbagai lagi maklumat kepada warga JKR Daerah Bagan Datuk khasnya dan pengguna amnya.

Selaras sebagai sebuah jabatan teknikal yang cekap dan efisien, JKR Daerah Bagan Datuk akan memberikan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan projek, penyenggaraan jalan dan bangunan serta khidmat nasihat teknikal kepada kesemua pemegang taruh untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan hasil yang terbaik melibatkan tempoh masa yang berkesan, kos yang ekonomikal, rekabentuk dan mutu yang berkualiti.

Kami berharap para pengunjung dapat pelbagai informasi yang bermanfaat dengan melayari portal laman web JKR Daerah Bagan Datuk. Kami mengalu-alukan jika terdapat sebarang maklumbalas dan cadangan yang membina bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan terus relevan, sejajar dengan slogan JKR “JASA KEPADA RAKYAT’.

Selamat melayari laman web rasmi JKR Daerah Bagan Datuk.

Sekian, terima kasih

Ir. Ts. AMIR ASROL BIN AHMAD BANGI
Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya
Daerah Bagan Datuk