Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

 

Terlebih dahulu saya selaku KJMN Jabatan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak. Ribuan terima kasih juga kepada pengunjung - pengunjung laman web ini, kami di Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik seperti misi dan visi kami kepada seluruh rakyat negeri Perak sepertimana yang dihasratkan oleh pihak kerajaan.

Laman web ini juga merupakan satu garis panduan yang boleh digunapakai oleh pelanggan dalam berurusan dengan jabatan ini dan harapan saya agar maklumat ini dapat digunakan dengan positif dan sebaik mungkin. Pengunjung - pengunjung laman web ini boleh mendapatkan maklumat mengenai info, organisasi, misi, visi dan sebutharga dari Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web ini secara berterusan. Saya di sini sentiasa mengalu - alukan sebarang pendapat atau cadangan dari pengunjung laman web ini bagi menjayakan visi organisasi dan merealisasikan pembangunan ICT dalam membentuk sebuah jabatan yang mampu memberi kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak. 

Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak Darul Ridzuan. Jasa Kepada Rakyat.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

 

IR MOHD AZMI BIN ASIF

KETUA JURUTERA MEKANIKAL NEGERI PERAK

logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Isnin 29 November 2021, 04:38:15.