Skip to main content

PERUTUSAN KETUA JURUTERA JKR CPAB

 CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU JKR NEGERI PERAK

 


Alhamdulillah, syukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata dalam halaman web ini.
Perkembangan bidang komputer kini berkembang dengan begitu luas.
Halaman ini merupakan laman web rasmi bagi CPAB Negeri Perak yang akan memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang peranan dan fungsi yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami, serta aktiviti-aktiviti semasa jabatan ini.
Dengan wujudnya laman web CPAB Negeri Perak ini ianya diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja harian di samping meningkatkan lagi imej jabatan.
Ianya juga dapat memberi keyakinan kepada pihak pelanggan dalam berurusan dengan jabatan ini.
Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua di atas kesudian melayari laman web CPAB Negeri Perak.

(NAMA KETUA)
JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN

SENARAI JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN (KETUA CPAB NEGERI PERAK)

1. Ir. ABU BAKAR BIN MOHAMED SAID (2014 - 2016)

2. Hj. MOHAMAD SALEHHUDDIN BIN OTHMAN (2016 - 2019)

 

3. Tn. MOHAMED BIN YUSOF (2019 - 2022)

4. Pn. Maznah Binti Ahmad.(2022-Terkini)