Skip to main content

Perutusan Jurutera Daerah

 

Salam Sejahtera ,

Selamat Datang ke Laman Sesawang JKR Daerah Hulu Perak.

Halaman sesawang ini merupakan pintu gerbang maya rasmi kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak yang berperanan untuk memberikan maklumat tentang peranan, fungsi dan aktiviti Jabatan ini kepada semua Pelanggan serta masyarakat setempat.

Dengan adanya laman sesawang ini diharapkan semua kakitangan Jabatan dapat berkongsi maklumat yang sahih yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan proses penyampaian kepada Pemegang Taruh serta membolehkan masyarakat mendekati Jabatan dengan lebih berkesan.

Harapan saya agar maklumat-maklumat yang disediakan dapat memberikan manfaat kepada semua. Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua atas kesudian melayari sesawang rasmi Jabatan Kerja Raya Hulu Perak.

 

Sekian.

Ir. Ts. Mohd Fadzly Bin Ahmad Zawawi A.M.P.

Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak