Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.                                                                                                                                                                                                                                                           

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Kerja Raya Daerah Kampar. JKR Daerah Kampar merupakan salah satu agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia yang telah diamanahkan untuk melaksanakan projek pembangunan dan penyenggaraan aset Kerajaan serta memberi perkhidmatan kejuruteraan kepada agensi awam dan Kerajaan di negeri Perak terutamanya di Daerah Kampar.

Perkembangan teknologi sedunia yang semakin canggih telah mengeratkan komunikasi antara satu sama lain dengan mudah dan pantas. Dengan itu, Laman Web JKR Daerah Kampar merupakan agen media sumber maklumat dan komunikasi antara JKR Daerah Kampar  dengan orang awam.Kami sebagai salah satu agensi Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memulakan langkah transformasi perkhidmatan awam iaitu perubahan yang melibatkan tindakan, sifat dan persekitaran yang berlaku secara tersusun dan bertahap mengikut perancangan yang ditetapkan dalam usaha untuk mencapai keberhasilan strategik. Pembaharuan kepada perkhidmatan awam penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat menerusi pencapaian keberhasilan yang berimpak tinggi.

Melalui laman web ini, JKR Daerah Kampar telah menyediakan maklumat kepada tiga golongan pengguna utama iaitu kontraktor/perunding, orang awam dan warga JKR. Kontraktor/perunding boleh mengetahui maklumat seperti jadual harga tender/ sebutharga, iklan tender/ sebutharga apabila melayari laman web ini. Orang awam boleh mengetahui maklumat jalan melalui Peta Jalan dan Direktori Pegawai yang hendak dihubungi juga disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan. 

Kami berharap pengguna selesa melayari laman web ini dan mengalu-alukan sebarang aduan/pertanyaan/cadangan daripada pengguna. Maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan jabatan ini sangatlah dihargai. Mudah-mudahan kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan agar dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja dan aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Semangat bekerja yang tekad, efisien dan harmoni serta modal insan yang kreatif dan inovatif adalah penting bagi membolehkan kita mencapai Visi dan Misi Jabatan .

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Ir. Ahmad Allnadhor Bin Hamim
Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Daerah Kampar

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.