Skip to main content

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH TAHUN 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang dan Selama. JKR Daerah Larut, Matang dan Selama merupakan salah satu agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia yang telah diamanahkan untuk melaksanakan projek pembangunan dan penyenggaraan aset Kerajaan serta memberi perkhidmatan kejuruteraan kepada agensi awam dan Kerajaan di Negeri Perak terutamanya di Daerah Larut, Matang dan Selama.

Perkembangan teknologi di era digital seperti sekarang yang semakin pesat telah mengeratkan komunikasi antara satu sama lain dengan lebih mudah dan pantas. Dengan itu, Laman Web JKR Daerah Larut, Matang dan Selama merupakan media sumber maklumat dan komunikasi antara JKR Daerah Larut, Matang dan Selama dengan Orang Awam. Melalui laman web ini, JKR Daerah Larut, Matang dan Selama telah menyediakan maklumat kepada tiga golongan pengguna utama iaitu Kontraktor/Perunding, Orang Awam dan Warga JKR. Kontraktor/Perunding boleh mengetahui maklumat seperti jadual harga sebutharga, iklan sebutharga apabila melayari laman web ini. Orang Awam boleh mengetahui fungsi JKR, menyalurkan aduan, maklumat jalan melalui peta dan direktori pegawai yang hendak dihubungi bagi memudahkan orang ramai membuat rujukan.

Kami berharap pengguna selesa melayari laman web ini dan mengalu-alukan sebarang aduan/pertanyaan/cadangan daripada penguna. Maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan jabatan ini sangatlah dihargai. Mudah-mudahan kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan agar dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja dan aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Semangat bekerja yang tekad, efisien dan harmoni serta modal insan yang kreatif dan inovatif adalah penting bagi membolehkan kita mencapai Visi dan Misi Jabatan.

Sekian, terima kasih.

MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

Ir. MUHAMMAD HAMBALI BIN AB GHANI
Jurutera Daerah
JKR Daerah Larut Matang dan Selama