Skip to main content

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH JKR DAERAH MANJUNG 2021

 

 

Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Manjung. Dengan pengwujudan laman web ini, diharapkan ianya akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh JKR Daerah Manjung.

Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan, JKR diamanahkan untuk melaksanakan projek pembangunan, penyelenggaraan aset dan memberi khidmat nasihat teknikal kejuruteraan. Adalah menjadi matlamat JKR Daerah Manjung untuk memastikan supaya jabatan ini dapat memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan demi untuk mencapai visi, misi dan objektif jabatan iaitu

"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".

Sehubungan dengan itu, JKR Daerah Manjung berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan di dalam segala bidang yang telah dipertanggungjawab. Selain itu juga, JKR Daerah Manjung mengalu-alukan sebarang aduan, pertanyaan, maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan jabatan ini. Mudah-mudahan jabatan ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cemerlang untuk anda sepanjang masa.

Akhir kata, saya berharap agar semoga maklumat yang telah disediakan melalui laman web ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan juga pelanggan-pelanggan JKR Daerah Manjung.

Sekian, terima kasih.

Ir RAMENDRA LOGANATHAN

Jurutera Daerah
JKR Manjung